Sasaran pingat Olimpik biar realistik

Iklan
Reezal Merican

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dijangka mengumumkan sasaran pingat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selewat-lewatnya minggu depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau kini dalam fasa terakhir untuk mendapatkan pandangan daripada semua pihak sebelum mengumumkan angka pingat paling realistik.

Iklan
Iklan

"Seperti perjumpaan bersama jurulatih dan pengurusan atlet hari ini, saya telah minta data sasaran pingat yang dapat dikongsi kerana mereka adalah indivdiu paling rapat dengan atlet. Mereka tahu pencapaian atlet lebih baik daripada orang lain.

"Jadi saya dapatkan pandangan mereka untuk dapatkan secara kasar dan gambaran secara menyeluruh sasaran pingat yang boleh dicapai oleh atlet dibawah jagaan mereka.

Iklan

"Pada Sabtu pula kita akan berjumpa dengan 30 atlet dan pengumuman akan dibuat seminggu sebelum berlepas ke Tokyo dan akhirnya saya akan bawa untuk maklumkan kepada Kabinet juga berkaitan perkembangan terkini atlet kita.

"Saya tak nak buat pengumuman yang tak bersifat realistik, hanya bersifat syok sendiri. Insya-ALLAH dalam keadaan sukar, tertekan dan dihimpit dengan pelbagai cabaran, kita akan umumkan sasaran pingat yang bersifat realistik.

Iklan

"Mudah-mudahan dengan segala persiapan atlet, sasaran yang diletakkan nanti dapat dicapai. Tapi paling penting kita kena bersama mereka kerana kejayaan di Olimpik bukan saja dibahu mereka saja, tapi kita semua," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya selepas mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan, jurulatih dan sekretariat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Putrajaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Reezal Merican turut menasihati kepada semua jurulatih dan juga pengurus pasukan supaya mengetatkan aspek keselamatan sebelum berlepas ke Tokyo nanti.

"Apa yang paling penting ketika ini adalah pastikan keselematan atlet-atlet. Kita tidak boleh melakukan kesilapan yang mendedahkan kepada penularan Covid-19 yang akan menyebabkan mereka tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik.

"Malah, peraturan dan sekuriti protokal yang ditetapkan oleh Jepun adalah sangat ketat dan ini menjadikan bahawa bukan sahaja mereka perlu cergas secara fizikal, mental dan psikologi sahaja.

"Malah, memastikan mereka tidak terjangkit daripada Covid-19 ini. Saya pun telah mengarahkan agar kesemua atlet ke Olimpik ini diasingkan daripada atlet lain," ujarnya.