Suhaimi minta RM5,000 untuk program TV

Iklan
Paparan Facebook Suhaimi Saad.

NAMA penyanyi Suhaimi Saad sekali lagi menjadi tumpuan netizen di media sosial gara-gara kenyataan meminta bayaran dari sebuah stesen televisyen tempatan sejurus dijemput hadir menjadi panel program TV tersebut.

Menerusi Facebook Mosus, dia mengakui meminta bayaran berjumlah RM5,000 untuk menampung kos penginapan, pengangkutan dan kos lain.

Iklan
Iklan

"Saya datang dari Kota Bharu, perlu bermalam dan tanggung kos perbelanjaan penginapan termasuk risiko untuk berdebat, dimalukan dan dikecam.

"Mereka mahukan percuma? Bossku, Kalau tak mahu bayar,lupakan je. Tak perlu canang pada masyarakat," katanya dengan nada sindiran.

Iklan

Sebelum ini, sebuah televisyen tempatan tampil menghubungi beliau bagi membincangkan topik 'Flat Earth' yang hangat diperkatakan ketika ini.

Suhaimi yang mendakwa saiz matahari dan bulan hampir sama mendapat reaksi negatif netizen yang menyelar status suami Ina Naim itu.

Iklan

Dalam pada itu netizen juga menyokong kenyataan Suhaimi bagaimananpun ada yang mengecam tindakannya.

Netizen, Aisyah Hayati berkata, tidak sewajarnya pihak TV mendedahkan secara terbuka bayaran kepada panel kerana ia boleh mengundang negatif.

"Tak sepatutnya soal bayaran didedahkan secara terbuka. Sudah sanggup nak invite SS (Suhaimi), kenalah sanggup bayar ikut permintaan SS.

"Walaupun saya tak setuju bumi ni 'flat', tapi saya sokong SS berniaga makanan dan sebagainya untuk mencari rezeki halal sekeluarga. Mengajar anak-anak ilmu agama, bukan semua bapa boleh buat demikian," katanya.

Selain itu, MYa Suee tidak bersetuju tindakan Suhaimi mengenakan bayaran sekiranya kajian dan ilmunya tepat.

"Kenapa nak rasa malu kalau fakta yang anda bagi itu betul melalui kajian anda?? Buktikan lah..," katanya.