Shopee, FAMA jalin kerjasama elak kes penipuan durian

Iklan
Shopee bekerjasama dengan FAMA untuk memperkasa pekebun dan penjual durian yang sah melalui kempen e-Fiesta Durian.

KUALA LUMPUR - Inisiatif penjual durian memilih memasarkan jualan mereka secara dalam talian kerana jangkaan kemuncak musim pada pertengahan Julai, menyebabkan kes penipuan atau scam melibatkan raja buah itu muncul.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang membeli dari Shopee tidak perlu bimbang kerana platform e-dagang akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memperkasakan pekebun dan penjual durian yang sah melalui kempen e-Fiesta Durian.

Iklan
Iklan

Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, kerjasama itu telah mendigitalkan 211 penjual durian dan telah membantu dalam persediaan mereka menjelang kempen e-Fiesta Durian.

"Kami difahamkan terdapat banyak penipuan berkaitan durian di media sosial dan kami di sini untuk memberi jaminan kepada pengguna supaya tidak takut kerana semua transaksi di Shopee dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee kami," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau menambah, polisi itu akan memastikan Shopee menahan bayaran secara escrow sehingga pembeli mengesahkan bahawa barangan yang diterima adalah tulen dan dalam keadaan baik sebelum wang itu dikeluarkan kepada penjual.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, dalam proses mereka untuk menormalkan penjualan dan pembelian produk pertanian secara dalam talian akibat pandemik ketika ini, ia telah bekerjasama dengan Shopee untuk meneruskan e-Fiesta Durian mereka untuk tahun kedua.

Iklan

"Berdasarkan rekod kempen bersama kami sebelum ini, kerjasama antara FAMA dan Shopee mencatatkan pulangan pelaburan sehingga lapan kali ganda yang secara langsung memberi manfaat kepada pekebun dan penjual durian," katanya.

Kempen e-Fiesta Durian akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai dengan baucar diskaun menarik sehingga 50 peratus, diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM60 dan potongan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM100 yang boleh dituntut melalui mikrosit eFAMAPLACE.

Layari mikrosit eFAMAPLACE melalui portal dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau lawati - https://shopee.com.my/m/efama. - Bernama