WASHINGTON- Pfizer dan BioNTech mengumumkan mereka akan meminta kebenaran perundangan untuk dos ketiga vaksin Covid-19 yang mereka hasilkan.
Langkah itu diperlukan selepas data awal dari ujian yang berterusan menunjukkan suntikan ketiga mendorong tahap antibodi lima hingga 10 kali lebih tinggi terhadap strain coronavirus asal dan varian Beta, yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan, berbanding dua dos pertama sahaja.
Iklan
Iklan
Menurut satu kenyataan, syarikat itu menjangkakan dos ketiga akan menunjukkan prestasi yang baik terhadap strain Delta yang sangat mudah menular, yang dengan cepat menjadi dominan di seluruh dunia.
"Berdasarkan penurunan keberkesanan yang dilihat di Israel selepas enam bulan, kami percaya bahawa dos ketiga mungkin diperlukan dalam masa enam hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh.
"Walaupun perlindungan terhadap penyakit teruk tetap tinggi sepanjang 6 bulan penuh, berlaku penurunan keberkesanan terhadap penyakit simptomatik dari semasa ke masa dan kemunculan varian yang berterusan dijangkakan," kata kenyataan itu - AFP