PN dibelenggu masalah politik berpanjangan

Iklan
Marzuki Yahya

PUTRAJAYA - Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) didakwa terus dibelenggu masalah politik berpanjangan sehingga hilang tumpuan terhadap rakyat.

Timbalan Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya berkata, krisis tersebut tidak akan terhenti kerana perebutan politik sentiasa berlaku.

Iklan
Iklan

"Kita lihat sejak kerajaan tebuk atap atau pintu belakang ini didirikan, tumpuan lebih tertumpu kepada masalah politik.

"Perebutan kuasa, siapa nak jadi Perdana Menteri berlaku sehinggakan mereka mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat," katanya ditemui pemberita selepas hadir ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil sijil kelulusan parti di sini pada Jumaat.

Iklan

Turut hadir, Setiausaha Agong Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah.

Menurutnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diibarat kehilangan sebelah kaki kerana kepincangan politik dalam PN.

Iklan

"Kita sedia maklum bahawa UMNO telah mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, jadi sudah hilang sebelah kaki," katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa pada masa ini bukanlah waktu sesuai untuk menjadi pendorong kepada mana-mana parti politik.

"Parti bukan boleh menentukan nasib bangun rakyat. Ini bukan waktu pilihannya," katanya ketika mengulas mengenai situasi semasa politik tanah air.

Pada Khamis, UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN 30 Ahli Parlimen UMNO setuju Ahmad Zahid perlu letak jawatan

UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan