Persidangan industri perkilangan canggih sedunia bakal tumpu agenda 5G, AI

Iklan
Foto 123RF

BEIJING - Persidangan Industri Perkilangan Canggih Sedunia kali pertama dijadual berlangsung di bandar Jinan, wilayah Shandong selama empat hari bermula 23 Ogos depan.

Menurut pihak penganjur, persidangan bertemakan 'tenaga kinetik, ekologi baharu dan pola baharu' itu bertujuan membentuk sebuah wahana interaksi dan kerjasama dalam pembangunan sektor perkilangan.

Iklan
Iklan

Dalam satu sidang media pada Khamis, dimaklumkan tokoh terkemuka dalam sektor perkilangan maju, pakar dan sarjana serta wakil dari insititut pengajian bertaraf tinggi dan kerajaan antara tetamu yang diundang menyertai persidangan kali ini.

Persidangan itu dijangka membincangkan agenda melibatkan 5G, kecerdasan buatan (AI), internet industri, internet bersepakat pintar, sumber tenaga baharu dan perkilangan pintar.

Iklan

Hadirin juga bakal dibawa meneroka kecanggihan pembangunan industri perkilangan dari sudut globalisasi untuk menggalakkan penaiktarafan dan transformasi industri.

Naib Ketua Jabatan Perancangan Kementerian Industri dan Maklumat, Yao Jun berharap masyarakat dapat memberi perhatian dan mengembangkan industri perkilangan.

Iklan

Menyifatkan industri itu sebagai nadi ekonomi negara, Yao berharap dialog dan interaksi antarabangsa dapat dipergiat sehingga mampu mendorong kerjasama antarabangsa dalam rantaian industri dan pembekalan. - Bernama