SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf kepada orang ramai berhubung kekeliruan ditimbulkan pihaknya berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam.
KKM menerusi hantaran Facebooknya berkata, berlaku sedikit kekeliruan dalam status dimuatnaik mereka berkenaan situasi sebenar di CAC itu.
"Kami memohon maaf atas kekeliruan sehingga menimbulkan salah faham orang ramai terutama petugas-petugas kesihatan di lapangan,” katanya pada Jumaat.
Menurut KKM, ketiga-tiga gambar dikongsi pihaknya diambil pada hari yang sama iaitu Khamis, 8 Julai 2021.
"Situasi di sebelah pagi adalah terkawal dan lengang, namun situasi mula sesak pada waktu tengah hari dengan kehadiran pesakit positif Covid-19 untuk penilaian lanjut."Sebahagian besar pesakit Covid-19 pada hari berkenaan daripada kategori 1 dan 2,” katanya.
Sehubungan itu, KKM meminta individu yang positif untuk datang pada sebelah pagi bagi mengelakkan kesesakan ekoran proses penilaian mengambil sedikit panjang.
ARTIKEL BERKAITAN: KKM nafi 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Shah Alam