SHAH ALAM - Polis membuka kertas siasatan berhubung sebuah syarikat yang didakwa memindahkan pekerja kilangnya ke beberapa buah hotel sekitar Klang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sebelum pelaksanaan PKPD di lokasi sebuah apartmen di Petaling Jaya yang dijadikan asrama kilang berkenaan.