Peperiksaan SMA, SMATQ, SMATD 2021 ditunda: JAIS

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) bagi tahun 2021 ditangguhkan ke awal suku pertama 2022 susulan pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, peperiksaan kendalian JAIS itu sebelum ini dijadual diadakan antara Oktober dan November depan.

Iklan
Iklan

"Ia (penangguhan) bagi membolehkan calon-calon yang terlibat dapat menjalani peperiksaan dalam suasana yang lebih tenang dan selamat,” katanya pada majlis pengisytiharan keputusan SMA, SMATQ dan SMATD tahun 2020 secara maya menerusi Facebook JAIS pada Jumaat.

Mengenai keputusan ketiga-tiga peperiksaan untuk tahun 2020 itu, beliau berkata, seramai 348 calon SMA dan 31 calon SMATQ mendapat pangkat Mumtaz atau cemerlang namun tiada calon mendapat keputusan Mumtaz bagi SMATD.

Iklan

Menurutnya pada peperiksaan tahun 2019, seramai 888 calon SMA, 73 calon SMATQ serta tujuh calon SMATD mendapat pangkat Mumtaz.

Katanya, semua calon SMA, SMATQ dan SMATD tahun 2020 boleh mula membuat semakan keputusan masing-masing secara dalam talian pada pautan https://result.jais.gov.my/. - Bernama

Iklan