HONG KONG - Lima mangsa maut manakala 32 lain cedera apabila sebuah bas membawa kakitangan syarikat penerbangan Cathay Pacific ke lapangan terbang merempuh sebuah teksi.
Menurut polis, pemandu teksi bersama empat penumpang bas, dua lelaki dan dua wanita terbunuh dalam nahas di Tsing Yi, kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, awal hari ini.
Superintendan polis, Yip Siu-ming berkata, kemalangan terbabit mengakibatkan separuh bahagian belakang teksi terbabit remuk dan kedua-dua belah bahagian bas rosak dengan kesan darah di sebelah luar.
"Kami percaya teksi terbabit rosak dan berhenti di lorong kiri jalan. Kira-kira 40 saat kemudian, sebuah bas merempuhnya dari belakang,” kata Siu-ming.
Bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan dan menyebabkan tiga penumpang tercampak, pemandu bas berusia 62 tahun turut tercampak dan mengalami kecederaan.
Sementara itu, Cathay Pacific mengesahkan sebuah bas membawa kakitangannya terbabit dalam nahas berkenaan.
"Ia adalah insiden tragik dan amat sedih. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata syarikat penerbangan itu.
Siu-min berkata, polis akan meneliti jika pemandu bas terbabit keletihan atau dipengaruhi arak.
"Daripada apa yang kami lihat, pemandu tidak melihat teksi yang rosak di jalan raya dan melanggarnya dari belakang,” katanya menambah, waktu bekerja pemandu terbabit adalah dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi. - AFP