MM2H: Task force ditubuhkan bagi licinkan permohonan

Iklan
Mohamaddin Ketapi - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan menubuhkan pasukan petugas khas ‘task force’ melibatkan beberapa agensi kerajaan bagi melicinkan proses kelulusan permohonan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penubuhan pasukan petugas khas terbabit dijangka dimulakan pada Mac dan berakhir Julai ini.

Iklan
Iklan

"Penubuhan ‘task force’ ini nanti adalah bagi menyelesaikan isu kelewatan proses kelulusan permohonan program MM2H yang direkodkan pada tahun 2018 sehingga yang terkini.

"Bagi melicinkan proses tersebut, beberapa agensi kerajaan akan dijemput bekerjasama antaranya Jabatan Imigresen dan Polis DiRaja Malaysia.

Iklan

"Kita mengharapkan dengan tertubuhnya pasukan ini nanti, kita akan dapat menyelesaikan kesemua 3,727 permohonan dalam tempoh 4 bulan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jelasnya daripada jumlah tersebut, 894 permohonan telah dipanjangkan ke Kementerian Dalam Negeri bagi tujuan kelulusan, manakala permohonan baharu bagi tahun 2019 adalah sebanyak 668.

Iklan

"Bermula tahun lalu, kelulusan permohonan MM2H adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan sebarang kelulusan perlu melalui tapisan keselamatan yang telah ditetapkan KDN.

"Cara tapisan ini perlu dibuat dengan teliti kerana mengambil kira soal keselamatan,

"Bilangan permohonan secara purata hampir 6,000 permohonan diterima setiap tahun sejak ia mula ditubuhkan pada 2002,” katanya.

Tambah Mohamaddin MOTAC selaku kementerian yang bertanggungjawab di dalam ‘task force’ terbabit akan memaklumkan dari masa ke masa berhubung perkembangan terkini proses kelulusan terbabit.

Sejak ditubuhkan pada 2002, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah menerima permohonan dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Bangladesh, United Kingdom, Taiwan, India dan Pakistan.

Sehingga 2018 dianggarkan lebih 40,000 peserta dari 131 buah negara direkodkan dalam program tersebut.