PORT DICKSON - Empat penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah lori tangki di Kilometer 8.3 Jalan Pantai di sini pada Jumaat.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bas henti-henti dari arah Port Dickson dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan di kanan bahu jalan.