ECRL mungkin diteruskan jika harga munasabah: Mahathir

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama

KLANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sekali lagi bahawa projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) mungkin diteruskan jika harga munasabah dipersetujui bersama oleh China.

Bagaimanapun katanya, ketika ini kerajaan belum lagi bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

Iklan
Iklan

"Jika harga (dipersetujui China) berpatutan, kita akan teruskan. Tetapi buat masa ini kita belum putuskan apa-apa lagi.

"Ini kerana kita perlu melihat kepada keperluan (pembangunan) yang lebih utama,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini projek ECRL yang masih lagi ‘tergantung’ sehingga kini.

Status mengenai ECRL terus menjadi tanda tanya apabila kerajaan mengeluarkan kenyataan bercanggah antara Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Dr Mahathir.

Iklan

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata, kontrak projek tersebut telah dibatalkan, namun bercanggah dengan Guan Eng yang menyatakan kenyataan rasmi akan dibuat kemudian mengenai projek yang dijalankan syarikat China Communications Construction Co Ltd (CCCC).

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan batal projek ECRL

Batal ECRL masih belum muktamad: PM