Skuad pengurusan jenazah Covid-19 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 pada tinjauan baru-baru ini.
Pengarah APM Kedah Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata pihaknya tidak boleh mengelak daripada takut dan bimbang semasa pertama kali terlibat dalam operasi pengebumian jenazah pesakit wabak ini tahun lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata perasaan itu hilang selepas menguasai sepenuhnya garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun lepas dalam gerak kerja pasukan mereka. - Foto Bernama