Tengku Zafrul dilantik Menteri Penyelaras PPN

Iklan
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) bersetuju melantik Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut hasil daripada mesyuarat pertama JKKPPN yang diadakan melalui sidang video pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Tambah kenyataan tersebut, Tengku Zafrul bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan selain mengambil langkah intervensi secara proaktif.

"Ini bersesuaian dengan situasi pandemik Covid-19 yang sangat dinamik,” menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Iklan

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri lain.

Antaranya, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Iklan

Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, Pejabat Perdana Menteri itu berkata, JKKPPN turut bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pakar-pakar kesihatan, ekonomi dan sosial bagi mendapatkan maklum balas dan menilai secara berterusan keberkesanan tindakan kesihatan awam.

Menurutnya, ia juga bertindak untuk melaksanakan strategi pengurusan pesakit di hospital dan pemberian vaksin kepada populasi di Malaysia.

"Penglibatan kumpulan profesional ini dalam pengurusan pandemik Covid-19 di dalam negara adalah usaha berterusan kerajaan bagi memastikan strategi pengurusan pandemik berada di landasan betul.

"Justeru, kerajaan akan terus memastikan segala tindakan dalam menjayakan PPN akan mengutamakan kebajikan rakyat dan bersifat telus serta inklusif,” katanya.

Sementara itu, katanya, agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Nasional (LAKSANA) di bawah Kementerian Kewangan turut dilantik sebagai Sekretariat kepada JKKPPN untuk menyelaraskan usaha-usaha Kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aspek berkaitan PPN.

"Ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pelan pemulihan ini,” ujar kenyataan tersebut.