Ibraco peroleh projek pembinaan RM169 juta

Iklan
Ibraco Bhd

IBRACO Bhd telah memperoleh kontrak siap bina/guna (turnkey) bernilai RM169 juta meliputi kerja-kerja kejuruteraan, pembinaan dan pentauliahan 738 unit rumah di Kuching, Sarawak.

Kumpulan itu berkata, anak syarikatnya Ibraco Construction Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Bumia Sdn Bhd untuk projek perumahan mampu milik di bawah Skim Rumah Pertiwi.

Iklan
Iklan

"Projek ini akan dilaksanakan dalam empat fasa dengan jangka waktu pembinaan lima tahun setelah pelan pembangunan diluluskan, dijadualkan pada akhir suku ketiga 2021.

"Pembangunan ini merangkumi pembinaan dewan serbaguna dan surau,” kata pemaju hartanah yang berpangkalan di Sarawak itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Iklan

Projek itu, yang akan dibiayai menerusi dana yang dihasilkan secara dalaman dan pinjaman luar, dijangka dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih Ibraco selama projek tersebut berlangsung. - Bernama

Iklan