Misi tebus maruah Colombia

Iklan
Pemain-pemain Colombia mempunyai misi tersendiri apabila turun menentang Peru bagi penentuan tempat ketiga keempat Copa America 2021, pada Sabtu. - Foto Copa America

COLOMBIA akan tampil dengan misi menebus maruah pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Copa America 2021 menentang Peru di Stadium Mane Garrincha, Brasilia pada Sabtu.

Pengendali Colombia, Reinaldo Rueda berkata, hanya dengan kejayaan menumbangkan Peru mampu menaikkan semula moral skuad Los Cafeteros itu yang tewas di tangan Argentina pada peringkat separuh akhir.

Iklan
Iklan

"Saya melihat semua pemain Colombia telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kempen Copa America kali ini biarpun kami berdepan pelbagai masalah sejak peringkat kumpulan.

"Sejujurnya untuk berada di tahap ini juga bukan status yang wajar untuk pasukan yang memiliki pemain-pemain berkualiti dan berpotensi seperti Colombia.

Iklan

"Apapun, saya percaya status tiga terbaik ini akan menjadi motivasi terbaik untuk kami sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia pada September depan," katanya.

Rueda yang menggantikan Carlos Queiroz hanya sempat mengemudi Colombia untuk dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 sebelum bersaing pada Copa America.

Iklan

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat itu akan memberikan Colombia peluang menebus kekalahan 1-2 di tangan Peru ketika aksi peringkat kumpulan.