Itali di ambang kemasyhuran

Iklan
Pemain Itali meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Euro 2020 selepas mengatasi Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley. - Foto UEFA Euro 2020

AKSI final Euro 2020 antara Itali dan England di Stadium Wembley pada awal pagi Isnin ini bagaikan menggamit semula nostalgia edisi 1968 yang menyaksikan The Azzurri meraih kejuaraan sulung Eropah itu.

Malah, penjaga gol legenda Itali, Dino Zoff menganggap Itali yang kini dibimbing Roberto Mancini seakan-akan jelmaan skuad The Azzurri kendalian Enzo Bearzot yang muncul juara kali ketiga Piala Dunia edisi 1982.

Iklan
Iklan

"Saya perhatikan terdapat beberapa persamaan antara skuad Itali pada Euro 2020 kali ini dengan skuad Itali ketika menjulang kejuaraan Piala Dunia 1982 di Sepanyol.

"Skuad kali ini tampak cukup bertenaga bagi menghidupkan corak permainan sebenar Azzurri. Itu antara elemen yang menyerupai skuad Itali ketika menjuarai Piala Dunia 1982.

Iklan

"Saya tidak terkejut melihat kemampuan skuad Itali kali ini apabila berjaya mara ke final Euro berdasarkan peningkatan prestasi mereka sejak dibimbing Roberto,” katanya.

Dalam kempen Piala Dunia 1982, Zoff yang ketika itu berstatus kapten pasukan pada usia 40 tahun membantu Itali menewaskan Jerman Barat 3-1 pada aksi final di Santiago Bernabeu, Madrid.

Iklan

Kemenangan ke atas England bakal menyaksikan The Azzurri kembali berada di puncak kemuncak kemasyhuran selepas melalui era kegelapan setelah gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Zoff berkata, aura Mancini merupakan antara faktor yang membawa The Azzurri ke pentas final Euro kali ini selain persembahan cemerlang barisan pemain Itali sejak kempen kelayakan.

"Secara peribadi, saya berpandangan sentuhan Roberto yang menjadi penentu sehingga membolehkan Itali mara sejauh ini kerana dia bijak dalam aspek pemilihan pemain.

"Dia berjaya membentuk keyakinan dan semangat dalam kalangan pemain sehingga mereka berjaya mempersembahkan gaya permainan yang baik dalam setiap perlawanan.

"Saya amat berharap skuad ini akan menjejaki skuad emas Sepanyol ketika menjuarai Euro 2008 dan 2012 serta Piala Dunia 2010 sebelum ini,” ujarnya.