Dipecat kerana tipu cuti sakit untuk tonton Euro 2020

Iklan
Nina Farooqi (dua dari kiri) menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dengan Denmark di Stadium Wenbley, London pad 7 Julai lalu. - Foto ITV/Nina Farooqi

LONDON - Seorang wanita, Nina Farooqi dipecat selepas dia berbohong menyatakan dia sakit sedangkan wajahnya meraikan jaringan gol pertama England ketika menentang Denmark disiarkan di skrin televisyen pada Rabu lalu.

Pada mulanya Nina, 37, menipu majikannya dengan menyatakan dia sakit dan tidak boleh bekerja bagi membolehkannya menyaksikan perlawanan bola sepak di peringkat separuh akhir itu.

Iklan
Iklan

Namun, rakan-rakannya menghantar mesej kepadanya menerusi telefon bimbit bahawa mereka menyaksikan wanita itu muncul pada skrin televisyen ketika perlawanan berlangsung di Stadium Wembley, London.

Justeru, pada keesokan harinya, beliau mendapat panggilan daripada majikannya supaya dia tidak lagi datang ke pejabat untuk bekerja.

Iklan

Nina yang bekerja sebagai penerbit kandungan digital dilaporkan berkata, dia mendapat tiket menyaksikan perlawanan bola sepak itu menerusi seorang rakannya yang menang dalam cabutan bertuah di pejabatnya.

Pengarah Composite Prime, Charles Taylor berkata, Nina terpaksa dipecat selepas mendapati wanita itu berbohong kepada pihak syarikat yang dianggapnya satu kesalahan kerana melanggar kontrak pekerjaan.

Iklan

Dalam perlawanan tersebut, England menang 2-1 sekali gus layak ke pertandingan akhir kejohanan bola sepak Eropah atau dikenali sebagai Euro 2020 bagi menentang Itali di stadium yang sama pada Ahad ini. - Agensi