KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pantai di beberapa negeri utara Semenanjung hingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan lewat malam tadi memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.