Niaga hadapan emas dijangka tidak berubah minggu depan

Iklan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah dengan dagangan lengang pada minggu depan. Foto hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah dengan dagangan lengang pada minggu depan.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Stephen Lou Yoke Lim berkata, harga emas di pasaran COMEX Amerika Syarikat sebaliknya dijangka meneruskan peningkatannya susulan tindakan pelabur beralih kepada logam berharga serta selamat itu berikutan kebimbangan mengenai penularan varian Covid-19 yang lebih ganas.

Iklan
Iklan

Setakat 9 Julai, 2021, Malaysia telah mencatat kes harian baharu Covid-19 tertinggi apabila mencatat 9,180 kes dan menjadikan jumlah terkumpul mencecah 817,838 kes.

Di peringkat global, lebih 186 juta kes telah direkodkan dengan angka kematian sebanyak empat juta di 216 negara dan wilayah.

Iklan

Sementara itu di peringkat tempatan, pasaran hadapan emas kekal tidak berubah sepanjang dagangan minggu ini dengan tiada dagangan dicatatkan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia bagi Julai 2021 kekal pada RM230.0 segram manakala Ogos 2021, September 2021 dan Oktober 2021 masing-masing RM255.0 segram.

Iklan

Jumlah dagangan kekal sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak lima kontrak.

Selain itu, harga emas fizikal naik RM4.12 kepada RM234.93 daripada RM230.81 segram pada Jumaat lepas. - Bernama