KUALA LUMPUR - Sebanyak 337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 10,750,748 dos.
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua.