Bot tempatan ditahan, nelayan Vietnam tiada permit kerja

Iklan
Bot nelayan tempatan kelas C ini di bawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.- Foto ihsan Maritim Malaysia Zon Kemaman

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas bekalan diesel dianggarkan 9,000 liter dan hasil laut bernilai kira-kira RM1.5 juta selepas menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C di sekitar perairan Pulau Tenggol petang Khamis.

Bot dikendalikan enam kru termasuk tekong warga Vietnam berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Iklan
Iklan

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, pihaknya menerima maklumat awam yang mengesyaki berlaku aktiviti penangkapan ikan oleh bot nelayan asing kira-kira jam 4.56 petang.

"Berikutan itu, bot ronda Maritim yang ditugaskan ke lokasi mendapati sebuah bot tempatan sekitar 59 batu nautika dari Kuala Kemaman melakukan aktiviti menangkap ikan.

Iklan

"Bot bersama kru serta barang rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, di sini dan kesemua kru menjalani saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan