Deputi Superintendan direman bantu siasatan kes rasuah

Iklan
Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan direman selama lima hari mulai Sabtu, bagi membantu siasatan melibatkan satu kes rasuah.

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan direman selama lima hari mulai Sabtu, bagi membantu siasatan melibatkan satu kes rasuah.

Difahamkan, perintah reman terbaharu ini adalah susulan daripada penahanan reman seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek berusia 48 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Abdul Shukor di Mahkamah Majistret, di sini pada Sabtu.

Iklan

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pada Jumaat, pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan itu direman selama empat hari bagi siasatan lanjut selepas disyaki terbabit dalam meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah. - Bernama

Iklan