Usia 96 tahun, Tun M kongsi formula kekal sihat

Iklan
Dr Mahathir

LANGKAWI - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus berkhidmat untuk rakyat selagi berkemampuan walaupun usianya genap 96 tahun hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sehingga beliau masih mampu memberikan sumbangan kepada rakyat.

Iklan
Iklan

Sempena ulang tahun kelahirannya itu, Dr Mahathir turut berkongsi formula untuk kekal sihat dan cergas selain penjagaan kesihatannya.

"Saya bersyukur boleh berkhidmat lagi walaupun sudah 96 tahun, selagi saya boleh bergerak, saya akan cuba hulurkan sumbangan yang termampu.

Iklan

"Nasihat saya, makan kena jaga, saya makan semua cuma tak makan banyak.

Makan dalam kuantiti sikit, perlu ada had,” katanya pada sidang media selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan KEDA Pulau Tuba, pada Sabtu.

Dr Mahathir (dua, kiri) ketika meninjau operasi Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan KEDA Pulau Tuba, pada Sabtu.

Iklan

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, selain mengawal jumlah makanan yang diambilnya, beliau turut mengurangkan pengambilan makanan berminyak atau bergoreng.

"Saya nak jaga tak bagi badan gemuk, kalau kita makan nasi banyak badan naik, makan nasi sikit sahaja," katanya lagi.

Anak kelahiran Kampung Seberang Perak, Alor Setar ini lahir pada 10 Julai 1925 dan menempa sejarah tersendiri apabila muncul individu pertama dilantik sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, iaitu 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003 (Perdana Menteri keempat) dan Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

Setelah bergelar pembangkang, Dr Mahathir menjadi individu penting yang membawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14, menumpaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa selama 61 tahun.