52 premis perniagaan, kilang dan tapak pembinaan diarah tutup

Iklan
Ismail Sabri

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 52 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup pada Jumaat kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas kerajaan melaksanakan 85,123 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara membabitkan seramai 19,891 anggota keselamatan dan penguat kuasa seluruh negara."

Iklan
Iklan

Pemeriksaan dilakukan ke atas 2,226 buah kilang, 14,916 premis perniagaan, 1,005 tapak pembinaan dan 321 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ismail Sabri berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan ekoran berlakunya banyak pelanggaran arahan serta SOP yang telah diwartakan.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 417 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP pada Jumaat dengan 408 daripadanya dikompaun manakala sembilan lagi direman.

Katanya, rentas negeri menjadi kesalahan yang tertinggi direkodkan dengan 96 kesalahan diikuti tidak memakai pelitup muka (74); tiada penjarakan fizikal (58); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (46) dan membawa penumpang berlebihan (34).

Iklan

"Penguatkuasaan yang dilakukan turut mengesan sebanyak 12 kesalahan bagi premis yang gagal mematuhi arahan, majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja dan menjalani ujian saringan (enam) serta lain-lain kesalahan (91),” ujarnya.

Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng yang dijalankan pada Jumaat berjaya menangkap seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat serta dua buah bot dan kapal.