Kenyataan dakwa Ahmad Zahid letak jawatan Presiden UMNO palsu

Iklan
Kenyataan akhbar palsu yang mendakwa Ahmad Zahid telah menyerahkan peletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO ke ibu pejabat parti pada Sabtu.

SHAH ALAM - Kenyataan akhbar yang tular mengenai peletakan jawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai khas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan akhbar palsu bertarikh 10 Julai yang menggunakan nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu, Ahmad Zahid didakwa telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai presiden parti ke Ibu Pejabat UMNO pada petang Sabtu.

Pada Rabu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin mendakwa seramai 30 ahli Parlimen daripada parti itu didakwa bersetuju supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut.

Iklan

Menurut Zahidi, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar dan mencontohi pemimpin parti terdahulu yang mengundurkan diri ekoran terlibat dengan kes rasuah di mahkamah.

Katanya, langkah tersebut berpotensi membantu UMNO untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat pada PRU akan datang.

Iklan

Beberapa tindakan Ahmad Zahid dalam menangani isu berkait dengan kerjasama dan sokongan UMNO bersama kerajaan Perikatan Nasional didapati telah menimbulkan kritikan dan perbezaan di dalam parti itu.

Beberapa pihak di dalam parti turut mendakwa keputusan yang dibuat oleh beliau dilakukan mengikut kepentingan peribadi beliau dan bukan demi kebaikan parti.

Pada Khamis, Ahmad Zahid mengumumkan penarikan sokongan UMNO terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana mendakwa kerajaan telah gagal untuk menguruskan negara dengan baik ketika pandemik Covid-19.

Keputusan tersebut dibuat sehari selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin pada Rabu turut melantik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.