MBSJ, PDRM keluar kompaun, pengusaha kilang langgar SOP

Iklan
Operasi pematuhan SOP dijalankan MBSJ bersama PDRM pada Rabu lalu.

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Dua kompaun dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Perindustrian Subang pada Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, seramai 39 anggota terdiri daripada 12 penguat kuasa MBSJ serta 27 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya terlibat dalam operasi itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kilang yang beroperasi tanpa memiliki lesen sah daripada MBSJ.

"Selain itu, sebuah lagi kilang didapati tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Iklan

"Justeru, pihak MBSJ telah mengeluarkan dua notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Azfarizal berkata, PDRM turut mengeluarkan satu kompaun pelanggaran SOP atas kesalahan premis beroperasi tanpa surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Iklan

Beliau mengingatkan orang ramai termasuk pengusaha kilang-kilang untuk terus mematuhi peraturan MBSJ dan mematuhi SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke masa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap SOP," katanya.