Padah pancar laser ke muka Schmeichel

Iklan
Penyokong England memancar laser ke arah muka Schmeichel sebelum sepakan penalti Kane pada aksi separuh akhir Euro 2020 di Stadium Wembley pada Khamis lalu.

PERSATUAN Bola Sepak (FA) England didenda 30,000 euro (RM149,000) susulan insiden laser yang dipancarkan ke arah penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada aksi separuh akhir Euro 2020 di Stadium Wembley pada Khamis lalu.

Foto menerusi media British menunjukkan laser dipancar ke muka Schmeichel sebelum sepakan penalti yang diambil penyerang England, Harry Kane pada aksi masa tambahan.

Iklan
Iklan

Biarpun pada mulanya berjaya menepis percubaan Kane, gawang yang dikemudi Schmeichel tetap bolos selepas tindakan susulan pantas kapten England itu.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut mendenda FA England atas kesalahan 'gangguan ketika lagu kebangsaan dan nyalaan bunga api' oleh penyokong England di Wembley apabila ada dalam kalangan mereka yang mengejek lagu kebangsaan Denmark.

Iklan
Iklan