Kesihatan pencegahan demam denggi

Iklan
Petugas kesihatan yang lengkap memakai peralatan pelindung diri (PPE) membuat hebahan umum tentang pendidikan kesihatan pencegahan demam denggi kepada para penduduk di lokaliti sasaran pada tinjauan di kawasan perkampungan setinggan atas air, Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kampung Muslim hari ini. Pihak kesihatan menggalakkan penduduk agar membuat tindakan pencegahan demam denggi dengan melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah. - Foto Bernama