Argentina sambar trofi Copa America 2021

Iklan
Messi (kanan) dan barisan pemain Argentina meraikan jaringan Angel di Maria di Stadium Maracana sebentar tadi.

ARGENTINA akhirnya mengakhiri penantian panjang untuk kembali bergelar juara apabila membenam Brazil 1-0 pada aksi final Copa America 2021 di Stadium Maracana, Rio de Janeiro sebentar tadi.

Pemain sayap lincah Paris Saint-Germain (PSG), Angel di Maria muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan Argentina pada minit ke-22.

Iklan
Iklan

Jaringan itu sudah cukup buat Argentina kembali menggenggam trofi kejuaraan selepas kali terakhir La Albiceleste muncul juara Copa America 1993.

Ia merupakan gelaran Copa America ke-15 buat Argentina, sekali gus menyamai pencapaian Uruguay sebagai pemenang terbanyak dalam sejarah penganjuran kejohanan berprestij di benua Amerika Selatan itu.

Iklan
Iklan

Lebih manis, kejayaan itu juga mengakhiri kisah duka bintang Barcelona yang juga kapten Argentina, Lionel Messi merangkul kejuaraan sulung di pentas antarabangsa.