JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar, tengah malam Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai isyarat kecemasan dari kapal kargo MV Zephyr Lumos dan kapal tangki MV Galapagos menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia pada jam 12.30 tengah malam Sabtu.