KUALA LUMPUR - Kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan berhadapan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta-merta sebagai usaha menangani pandemik Covid-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.