Permata bantu 2,000 keluarga terjejas PKP 3.0

Iklan
Yusnani Arshad (tengah) menerima sumbangan Permata bagi meringankan beban keluarganya di Jalan Nanas, Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata) menyumbangkan barang keperluan asas kepada 2,000 keluarga seluruh negara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Presiden Permata, Faridah Hamzah berkata, sumbangan diedarkan secara berperingkat dalam bulan ini iaitu di Johor, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Sabah sebelum diperluas ke negeri lain.

Iklan
Iklan

"Bantuan antaranya minyak masak 5 kilogram (kg), beras (10 kg) dan telur (30 biji) selain kicap, susu pekat, mihun, tepung, gula dan sardin. Bagi orang Islam kita berikan daging (1 kg).

"Para penerima merupakan golongan asnaf, hilang pekerjaan dan keluarga susah yang benar-benar layak.

Iklan

"Sumbangan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban belanja dapur penerima semasa PKP," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, di negeri ini sahaja terdapat 500 penerima dan bantuan akan diagih pada minggu depan.

Iklan

Faridah berkata, pihaknya menerima 2,500 permohonan setakat ini dan akan cuba menambah lagi sumbangan dari masa ke masa.

"Alhamdulillah kita ada wakil di setiap negeri bagi membantu agihan. Bagi kawasan pedalaman seperti di Sabah, kita akan usaha mencari rakan di peringkat kawasan bagi memenuhi permintaan," katanya.