Scaloni dedikasi trofi Copa America kepada generasi La Albicaleste

Iklan
Scaloni. Foto: teller report

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Brazil pada final Copa America pada Ahad didedikasikan khas kepada generasi skuad berkenaan selama lebih sedekad.

Menurutnya, sejak kali terakhir muncul juara pada 1993 lalu, skuad La Albicaleste itu tidak pernah memenangi sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Malah katanya, Argentina juga tumpas 0-1 kepada Jerman pada aksi final Piala Dunia 2014 lalu.

"Saya dedikasikan kemenangan ini kepada generasi skuad La Albiceleste yang sebelum ini cuba memenanginya, tetapi gagal dan ia melibatkan generasi skuad 1995, 1997, 1999, 2004, 2007, 2011, 2015/2016 dan 2019 lalu.

Iklan

"Generasi inilah yang sebenarnya meninggalkan legasi berterusan kepada skuad Argentina hingga membawa kepada kemenangan kali ini,” katanya yang turut beraksi pada edisi 2004 lalu.

Pengendali berusia 43 tahun itu yang memiliki tujuh caps bersama skuad La Albicaleste itu juga pernah beraksi bersama pada saingan Piala Dunia 2006 lalu.

Iklan

Sementara itu Scaloni berkata, fokus skuad kendaliannya itu seterusnya adalah untuk kempen kelayakan Piala Dunia bagi zon Amerika Selatan.

Katanya, untuk kempen kelayakan berkenaan, dia masih lagi menaruh kepercayaan kepada beberapa pemain ‘otai’ seperti Angel Di Maria, Nicolas Otomendi dan juga Lionel Messi bagi membawa cabaran Argentina.

"Saya percaya, siapa juga yang berada di tempat saya ketika ini akan melakukan perkara yang sama.

"Lagi pun kesemua pemain ini masih mampu beraksi dengan baik dan sering memberikan aksi maksimum apabila diturunkan,” katanya.