20 tan makanan bakal diagih kepada orang Muar

Iklan
Syed Saddiq melihat treler membawa bantuan makanan untuk diagihkan kepada penduduk di Parlimen Muar. Foto: Facebook Syed Saddiq

MUAR - Sebanyak 20 tan makanan yang dimuatkan di dalam enam treler bakal diagihkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada 5,000 keluarga.

"Alhamdulillah, saya telah belanjakan peruntukan RM300,000 yang diberikan untuk bantuan makanan 5,000 keluarga di Muar! Saya kena cari jalan untuk dapatkan sebanyak mungkin makanan dengan kos paling rendah.

Iklan
Iklan

"Saya runding, runding dan runding lagi!! Semua orang saya tanya. Akhirnya, saya call dan minta bantuan KK Mart dan TheLorry," katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, beliau mahu membantu lebih ramai lagi dan bukan setakat sasaran semua ahli Parlimen bantu 3,000 keluarga (RM100 per keluarga).

Iklan

"Kalau setakat nak buat ala kadar, memang saya rasa bazir sangat. Kalau ramai boleh dapat bantuan ini, lagi baik," tambahnya.

Sehingga kini muat naik tersebut telah menerima ribuan tanda suka selain ulasan yang memuji usaha dilakukan Syed Saddiq yang wajar dicontohi wakil rakyat yang lain.

Iklan