Kegagalan sistem kemudi punca pelanggaran kapal di perairan Muar

Iklan
Dua buah kapal berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika arah barat daya kuala Sungai Muar. Foto FB Maritim Malaysia

JOHOR BAHRU - Kegagalan sistem kemudi disyaki menjadi punca pelanggaran dua buah kapal di kedudukan 14.1 batu nautika arah barat daya kuala Sungai Muar tengah malam Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki MV Gagapagos yang berdaftar di Malta dilaporkan mengalami kegagalan sistem kemudi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kapal tersebut bergerak ke kanan sehingga menghalang laluan kapal kargo MV Zephyr Lumos yang sedang memintas MV Galapagos.

"MV Zephyr Lumos yang berdaftar di United Kingdom itu telah gagal untuk mengelak himpitan daripada MV Galapagos lalu berlaku pelanggaran di sisi kanan kapal,” katanya.

Iklan

"Bagaimanapun, semua kru kedua-dua kapal itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua kapal yang masing-masing membawa 24 dan 26 kru itu kini ditahan untuk membantu siasatan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai isyarat kecemasan dari kedua-dua kapal itu menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia, pada jam 12.30 tengah malam Sabtu. - Bernama