PROTON Holdings Bhd telah mengeluarkan foto rasmi pertama Proton Persona berwajah baharu, sedan keluarga segmen B syarikat itu yang memenangi anugerah.
Persona baharu itu yang bakal dilancarkan tahun ini bersama Proton Iriz, adalah model pertama syarikat tersebut yang mengalami pengubahsuaian luaran sejak bermulanya kerjasama Proton dengan Geely pada 2017, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.