BUKIT MERTAJAM - Pemandu lori yang dilaporkan hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang di KM 137 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Perai, ditemukan lemas pada Ahad.
Mayat lelaki berusia 51 tahun itu ditemukan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth kira-kira jam 4 petang selepas dua jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lori yang dipandu mangsa bersama kelindan berusia 57 tahun dikatakan hilang kawalan selepas melanggar sebuah kereta Proton Persona.
Menurutnya, akibat pelanggaran itu, pemandu lori gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh penghadang jalan dan terjunam ke dalam longkang sedalam 4.57 meter.
"Pemandu lori ditemukan meninggal dunia manakala kelindannya terselamat.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu dikhuatiri lemas, lori terjunam dalam longkang
Artikel Berkaitan