14 cedera nahas babit dua bas di Singapura

Iklan
Nahas berlaku di Bukit Batok Bus Interchange. Foto: FB Singapore Civil Defence Force

SINGAPURA - Seramai 14 cedera termasuk lima daripadanya serius selepas terbabit dalam satu nahas jalan raya melibatkan dua buah bas di Singapura pada Ahad.

Nahas berlaku di Bukit Batok Bus Interchange, menurut Anggota Parlimen Bukit Batok Murali Pillai di Facebooknya.

Iklan
Iklan

Namun, katanya"kecederaan mangsa tidak mengancam nyawa".

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang bertindak pantas.

Iklan

Sementara itu, The Straits Times melaporkan nahas berlaku kira-kira 5 petang dan bas berkenaan dikendalikan Tower Transit.

Memetik jurucakap syarikat berkenaan, 16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang. - Bernama

Iklan