Ajinomoto cipta pembungkusan bahan mono mesra alam

Iklan
Logo ‘Kitar Semula’ akan dipaparkan di bahagian belakang pembungkusan bahan mono barunya bagi mendorong para pengguna untuk mengitar semula bungkusan setelah digunakan.

KUMPULAN Ajinomoto (Ajinomoto) telah bekerjasama dengan pelanggan serta masyarakat untuk menyumbang terhadap kehidupan bersama yang lebih harmoni dengan alam sekitar.

Ajinomoto dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam usaha mewujudkan masyarakat berorientasikan kitar semula yang lestari, Ajinomoto telah memperkenalkan pembungkusan bahan mono yang boleh dikitar semula dengan tujuan mencapai sisa sifar, terutama melalui kitar semula bahan dan bahan kimia.

Iklan
Iklan

"Untuk mencapai matlamat tersebut, Ajinomoto berusaha memaksimumkan penggunaan sumber dengan mengurangkan kuantiti plastik yang digunakan dalam pembungkusan serta mencipta bahan dan teknologi baharu yang akan membolehkan ia dikitar semula sebagai sumber dan bukannya sampah.

"Pembungkusan bahan mono tersebut diperbuat dari bahan-bahan yang mesra alam yang terdiri daripada 90 peratus bahan yang sama,” jelas kenyataan itu pada Sabtu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, selaras dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk mempromosikan kemampanan global, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah mempelopori penerapan bahan mono di Malaysia untuk pembungkusan bagi produk terlarisnya, Perencah Umami AJI-NO-MOTO 72 gram (penambah perisa), sejak Mei 2021.

"Dengan rancangan untuk memajukan inisiatif ini, AMB mensasarkan perkembangan penggunaan bahan mono pada masa hadapan dalam pembungkusan produk AJI-NO-MOTO yang lain,” kata kenyataan itu.

Iklan

Logo ‘Kitar Semula’ akan dipaparkan di bahagian belakang pembungkusan bahan mono barunya bagi mendorong para pengguna untuk mengitar semula bungkusan setelah digunakan.

Dengan usaha ini, Ajinomoto berhasrat dan berharap agar dapat mencapai sifar sisa plastik menjelang tahun kewangan 2030.