Bilionair pertama naiki pesawat sendiri ke angkasa lepas

Iklan
Gambar rakaman video menunjukkan kapal angkasa VSS Unity menghidupkan enjin selepas berpisah dengan kapal terbang VMS Eve yang dilancarkan dari Spaceport Amerika di sebuah gurun di New Mexico pada Ahad. - Foto Reuters, gambar kecil: Richard Branson - Foto AFP

SANTA FE - Pemilik Virgin Galactic, Richard Branson menjadi bilionair pertama pergi ke angkasa lepas pada Ahad dengan menaiki pesawat buatan syarikatnya sendiri selama beberapa minit sebelum kembali mendarat di sebuah gurun di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang berumur 70 tahun menaiki kapal angkasa Virgin Galactic, VSS Unity bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang dan menikmati pemandangan bumi dari tingkap pesawat serta merasai pengalaman ketiadaan graviti di angkasa lepas kira-kira lapan minit.

Iklan
Iklan

Pesawat itu terbang setinggi 86 kilometer dari pangkalan kapal angkasa tersebut di sebuah gurun di negeri New Mexico dan berada di angkasa lepas beberapa minit sebelum kembali semula ke bumi dengan selamat.

Branson berjaya menewaskan seorang lagi bilionair AS, Jeff Bezos iaitu individu terkaya di dunia yang dijadualkan pergi ke angkasa lepas pada 20 Julai ini.

Iklan

Beliau juga menjadi individu kedua paling tua pernah berada di angkasa lepas selepas seorang angkasawan AS, John Glenn berlepas ke angkasa lepas dengan menaiki pesawat Discovery ketika berumur 77 tahun pada 1998.

Bilionair Richard Branson (kiri) duduk di dalam kapal angkasa VSS Unity ketika ia menuju ke angkasa lepas. - Foto YouTube/Virgin Galactic

Kira-kira 500 orang menyaksikan kapal angkasa VSS Unity itu yang dibawa ke angkasa oleh sebuah kapal terbang VMS Eve sebelum ia berpecah pada ketinggian 13 kilometer dan menuju ke angkasa lepas dengan kelajuan lebih tiga kali ganda dari kelajuan bunyi.

Iklan

Setelah selamat mendarat di pangkalan kapal angkasa itu, Spaceport Amerika di gurun Jornada del Muerto, New Mexico, Branson berkata bahawa beliau sebelum ini memang bercita-cita untuk pergi ke angkasa sejak dari kecil lagi.

Dua juruterbang dan tiga penumpang yang menaiki pesawat tersebut merupakan kakitangan syarikat tersebut.

Branson merupakan bekas pemilik syarikat penerbangan tambang murah Virgin Atlantic sebelum beliau menjual sahamnya di dalam syarikat tersebut pada tahun 2020 ekoran pandemik Covid-19.

Pesawat itu mendarat pada kira-kira jam 9.40 pagi waktu tempatan di Spaceport Amerika selepas kira-kira sejam berpisah dari badan kapal terbang VMS Eve milik syarikat itu. - Agensi