ISLAMABAD - PAKISTAN. Mahkamah Pakistan hari ini menolak rayuan bekas perdana menteri Nawaz Sharif yang dipenjara atas kesalahan rasuah untuk dibebaskan dengan jaminan.
Dua hakim Mahkamah Tinggi Islamabad, Aamer Farooq dan Mohsin Akhtar Kayani mengumumkan keputusan tersebut, di hadapan beberapa pemimpin Parti Liga Islam (PML-N) termasuk bekas perdana menteri Shahid Khaqan Abbasi dan bekas menteri luar, Khawaja Asif yang turut hadir memberi sokongan.
Iklan
Iklan
"Kami berasa kecewa dengan keputusan terbabit, namun kami tetap menerimanya dan akan terus membuat rayuan," kata Shahid.
Nawaz, 69, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 24 Disember lalu oleh Mahkamah Akauntabiliti berhubung kes rasuah melibatkan kilang keluli Al-Azizia di Arab Saudi, dan dihantar ke Penjara Kot Lakhpat di Lahore untuk menjalani hukuman.
Bulan lalu, Nawaz turut memfailkan permohonan jaminan atas alasan kesihatan setelah mendapat serangan jantung di penjara. - NDTV