Berbasikal, terjun, badminton masih sandaran pingat

Iklan
IMBAS KEMBALI Azizulhasni Awang meraikan kejayaan meraih pingat gangsa pada Olimpik Rio 2016 lalu. - Foto AFP

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan acara berbasikal, terjun dan badminton masih tetap menjadi sandaran utama bagi kontinjen negara untuk meraih emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun menurut Reezal Merican, sukan-sukan lain juga dilihat mempunyai keupayaan bagi menyumbang pingat kepada negara, namun ketiga-tiga acara berkenaan masih lagi dilihat sebagai prospek utama bagi menyumbang pingat emas.

Iklan
Iklan

"Seperti di Rio 2016, ketiga-tiga acara berkenaan adalah prospek utama kita bagi meraih emas di Tokyo, namun acara sukan lain juga dilihat berpeluang, contohnya bagi Lee Hup Wei (atlet lompat tinggi negara) yang berada pada ranking 25/26 dunia ketika ini seharusnya layak beraksi pada acara final nanti; caranya perlu berada pada senarai 12 atlet terbaik.

"Dia (Hup Wei), kena pastikan dapat melakukan lompatan 2.29 meter, sebelum itu cuba lakukan lompatan 2.26 meter melakukan lompatan 2.26 meter, saya yakin dia dapat lakukan yang terbaik nanti.

Iklan

"Bagi saya, tidak ada yang mustahil dalam pencapaian sukan, tapi waktu ini hanya tiga bidang itu sahaja ada prospek yang dilihat mampu merealisasikan pungutan pingat buat kontinjen negara,” katanya pada sidang media atas talian pada Ahad.

Tambah Reezal Merican, kesemua atlet juga perlu menetapkan azam masing-masing untuk melakukan yang terbaik pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak.

Iklan

Katanya, biarpun tidak mampu untuk membawa pulang pingat, namun prestasi yang dipamerkan ketika di temasya sukan terbesar dunia itu turut dilihat sebagai kejayaan buat negara.

"Kepada atlet-atlet yang gagal membawa pulang pingat, tapi mencatat rekod peribadi terbaik, memecahkan rekod, memperbaiki ranking juga dilihat kejayaan buat negara.

"Yang penting, kita nak tengok result (keputusan). Kita nak tengok aksi atlet kita,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan atlet-atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada Ahad.

Sementara itu Reezal Merican berkata, pihaknya serta Majlis Sukan Negara (MSN), turut merancang untuk mengaturkan pertemuan antara atlet dengan keluarga masing-masing sebelum berlepas ke Tokyo kelak.

"Tidak dapat dinafikan keluarga adalah sumber kekuatan atlet. Insya-Allah, kita akan aturkan dengan MSN untuk mereka dapat berjumpa dengan keluarga sebelum berlepas sebagai suntikan semangat.

"Dari segi psikologi kita juga sediakan perkhidmatan di mana 14 personel dari Institut Sukan Negara (ISN) akan berada di Tokyo bagi memantau keadaan atlet,” katanya.