Hanya tiga premis dibenar laksana korban

Iklan
Hanya tiga premis di Selangor dibenarkan untuk menjalankan sembelihan bagi aktiviti ibadah korban sempena perayaan Aidiladha yang akan disambut umat Islam 20 Julai ini.Gambar hiasan

KLANG - Hanya tiga premis di Selangor dibenarkan untuk menjalankan sembelihan bagi aktiviti ibadah korban sempena perayaan Aidiladha yang akan disambut umat Islam 20 Julai ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata premis yang dibenarkan ialah rumah sembelih veterinar atau rumah sembelihan swasta serta ladang atau kandang ternak yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPVS) dan masjid di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Iklan
Iklan

"Mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan (NGO) mesti menjalankan (sembelihan) di tempat ini dan perlu berdaftar serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

"Kalau melalui masjid, pihak pengurusan akan daftarkan nama itu dengan pejabat agama Islam daerah (PAID) (di bawah JAIS) manakala untuk yang dua lagi boleh terus kepada JPVS," katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum bantahan wakil penduduk Sri Mersing, Taman Sri Andalas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang hari ini.

Iklan

Mohd Zawawi berkata berhubung status perkembangan proses vaksinasi kepada petugas ibadah korban, beliau berkata pihaknya hanya mensyaratkan sekurang-kurangnya mereka telah selesai mendapat satu dos suntikan.

Terdahulu, Mohd Zawawi berkata hasil perbincangan pihaknya bersama PKD Klang pada Isnin bersetuju bagi menyemak semula lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, dekat sini yang didakwa lokasi hampir dengan perumahan penduduk di kawasan itu.

Iklan

Jelasnya, PKD tersebut akan segera melakukan penambahbaikan antaranya mengawal keadaan lalu lintas, menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan menyediakan lokasi tempat letak kereta bersesuaian untuk pesakit yang hadir ke CAC tersebut. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Penduduk bantah CAC di Sri Andalas