[VIDEO] Polis kesan individu gantung patung di jambatan

Iklan
Patung yang digantung di bawah jambatan di Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh pada Isnin.

MELAKA - Patung yang tertera tulisan mengecam kerajaan digantung pihak tidak bertanggungjawab di sebuah jambatan di Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian disedari pada jam 7.30 pagi sebelum sepasukan kereta peronda polis diarah ke lokasi itu.

Iklan
Iklan

"Polis menurunkan patung itu untuk siasatan lanjut dan sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.

Patung yang dipakaikan baju berwarna putih dengan topi petani itu dipercayai digantung pada awal pagi bertujuan mencetuskan provokasi.

Iklan
Iklan