UMNO Kluang sumbang 1,000 barang keperluan asas

Iklan
Md Jais (kanan) memberikan bantuan bekalan makanan kepada penerima secara pandu lalu di Kampung Bentong, Kluang, pada Ahad.

KLUANG - [DIKEMASKINI] UMNO Bahagian Kluang akan memberikan sumbangan barang keperluan asas kepada 1,000 penerima di daerah tersebut dalam masa terdekat.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata, sumbangan itu akan diagihkan ke 80 cawangan UMNO di daerah berkenaan untuk individu antaranya hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan.

Iklan
Iklan

"UMNO Kluang berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga terlibat.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebanyak 1,000 bakul makanan sudah disumbangkan oleh UMNO Kluang sehingga kini.

Iklan

"Tidak lama lagi 1,000 lagi yang sedang kita usahakan ketika ini akan diagihkan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan itu kepada 50 keluarga secara pandu lalu di Kampung Bentong di sini, pada Ahad.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) berkata, pihak YPK turut menyumbang 700 barang keperluan asas kepada penduduk dan peniaga pasar malam.

Iklan

Menurutnya, 500 bantuan diberikan kepada penduduk manakala 200 lagi kepada peniaga pasar malam kerana tidak dapat berniaga semasa PKP.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengumpul senarai penyewa di daerah ini yang tidak mampu membayar sewa rumah malah terdapat juga yang sudah tertangguh beberapa bulan akibat PKP.

"Senarai ini kita akan hantar ke Pejabat Daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

Mereka mengadu tidak mampu membayar sewa rumah kerana tidak bekerja. Kita harap agensi kerajaan berkaitan dapat membantu," katanya.