Najib ziarah keluarga arwah Suhaimi

Iklan
Najib memangku anak kembar arwah Suhaimi meluangkan masa menziarah Khatijah dan anak-anak arwah Suhaimi.

PUCHONG - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi keluarga pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang maut dalam insiden kemalangan tiga lori, Sabtu lalu.

Najib tiba di rumah ibu saudara, Khatijah Abdul Kasim, 36 (isteri allahyarham) di Kampung Kenangan di sini kira-kira jam 4.30 dan meluangkan masa hampir satu jam.

Iklan
Iklan

Beliau juga sempat menunaikan solat Asar berjemaah di rumah itu dan menikmati minum petang sebelum berangkat ke Semenyih.

Najib ketika ditemui menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kehilangan insan tersayang yang menjadi ketua keluarga menyara nafkah.

Iklan

"Saya datang untuk beri sokongan dan harap sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan jiwa kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian berat ini.

"Ada beberapa perkara yang boleh dibantu untuk meringankan beban keluarga terutamanya berkenaan hal tuntutan insurans dan Perkeso yang boleh dipermudahkan urusannya.

Iklan

"Insya-ALLAH kita juga tengok keperluan dari segi bantuan psrsekolahan anak-anak," katanya.