Petugas kesihatan mengambil sampel cecair individu yang hadir melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di sebuah klinik di Bangi, Selangor hari ini.
Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu harian Covid-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, hari ini kes baharu menurun kepada 8,574 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,308 kes, diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411) dan Johor (407).