Pejuang lancar ‘talian bendera putih’

Iklan
Simbolik perasmian ‘talian bendera putih’ oleh Ketua Biro Kebajikan Pejuang Negeri Kelantan, Shaifulrizan Mohd Nasir (kanan) dan ahli-ahli Pejuang Kelantan di K Castle di Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Kelantan melancarkan ‘talian bendera putih’ menerusi WhatsApp 0111-79 00079 untuk membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Ketua Biro Kebajikan Pejuang Negeri Kelantan, Shaifulrizan Mohd Nasir berkata, Pejuang Kelantan terpanggil untuk membantu rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik, kaum atau agama.

Iklan
Iklan

Katanya, Pejuang Kelantan melalui Biro Kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama rakan-rakan korporat serta individu berjaya mengumpul barangan asas makanan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

"Barangan makanan asas disumbangkan melalui ‘talian bendera putih’ seperti beras, minyak masak, gula, dan garam.

Iklan

"Selainnya bihun, teh, kicap, mi segera, susu pekat dan sardin. Mereka yang memerlukan hanya hubungi ‘talian bendera putih’ 0111-79 000 79 untuk mendapatkan sumbangan ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, ‘talian bendera putih’ menggunakan kaedah aduan melalui WhatsApp susulan pengibaran bendera putih secara fizikal mungkin mendatangkan aib dan buruk sangka daripada masyarakat sekeliling.

Iklan

"Mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu WhatsApp maklumat asas dan lokasi ke talian yang tertera untuk mendapatkan bantuan.

"Pihak Pejuang akan menghantar bantuan barangan asas makanan tersebut dalam tempoh 24 jam WhatsApp diterima,” katanya.

Tambahnya, Pejuang juga akan bekerjasama dengan NGO, pasar raya, badan- badan amal serta individu sedang mengusahakan program yang selari untuk tujuan koordinasi dan perkongsian maklumat.